|
|
comments (1)
|
I wake up in the morning feeling a bit of nausea...there is a feeling of remorse and unsettel things at the back of my mind.
That is a bit of what I feel on a beautiful morning...9 Mac 2011. The day our English speaking will be tested! Oh what an unpleasant feeling. Why? I asked myself and immediately got a response. I have not been practising English for the past 3 years.
ELP have come again and we of the DCA staffs will strive to get level 4 or higher, in addition for getting our ATC licence.
The level 4 English that we are being tested are in accordance and if not higher than MUET requirement and it all originated from ICAO.
Aaahhh I don't want to think about it! come to me baby....
|
|
comments (6)
|
Pada malam 13 Februari 2011, satu majlis sempena perpindahan En Abu Bakar bin Ali telah diadakan. En Abu Bakar Ali telah ditukarkan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang bermula pada 16 Februari 2011.
En Abu Bakar mula bertugas di DCA Terengganu pada Jun 2004 dan terlibat secara langsung dalam menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud kepada taraf antarabangsa. Beliau juga telah berusaha ke arah memodenkan peralatan ATC sehingga diiktiraf antara yang termoden di Malaysia.
Kerana keperibadiannya yang mudah mesra beliau bukan sahaja dikenali di kalangan kakitangan LTSM, malah turut di kenali di kalangan penduduk sekitar.
Diucapkan selamat bertugas kepada beliau dan selamat maju jaya!
|
|
comments (1)
|
13 Febuari 2011 - Hari ini digemparkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang bekas ATC Kuala Terengganu(Pesara) iaitu En Ab. Ghafar Bin Abdullah yang lebih dikenali sebagai
' Pok Pa ' dikalangan rakan-rakan.
Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan akibat komplikasi jantung.
Arwah Pok Pa telah mula berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia semenjak tahun 1974, dan telah bersara pada tahun 2007. Perkhidmatan terakhirnya adalah sebagai Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 di DCA Kuala Terengganu. Sepanjang perkhidmatan, beliau turut dianugerahkan " Anugerah Khidmat Cemerlang " pada tahun 2006.
Pemergian beliau turut sama dirasai oleh bekas rakan-rakan sekerja dan kenalan-kenalan rapat. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah... Alfatihah...
|
|
comments (7)
|
Bermula 1 Februari 2011, Kelab Rekreasi dan Kebajikan DCA Terengganu telah menganjurkan Kejohanan Liga Ping Pong DCA tertutup.
Sebanyak 17 penyertaan telah diterima dan jadual perlawanan akan diisi sendiri oleh para peserta. Sebanyak 3 waktu disediakan yang terdiri dari 3 hingga 4 slot perlawanan pada satu-satu masa.
Kejohanan ini berkonsepkan santai dimana peserta akan berbincang untuk mengadakan perlawanan dan slot diisi di papan kenyataan.
- Peserta dinasihatkan memilih slot perlawanan pada waktu tidak bertugas.
- Peserta dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai.
- Peserta diberi 10 minit masa warm up.
- Slot yang telah diisi tidak boleh diubah, sebarang kegagalan hadir akan memberi mata penuh 3 0 kepada pihak lawan.
Carta kedudukan liga akan di siarkan dan dikemaskan sentiasa di dalam portal ini.
|
|
comments (0)
|

16 Jan. 2011 - Lawatan rasmi Y.B. Datuk Abdul Rahim bin Bakri ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Beliau meninjau kemudahan termoden yang dilengkapkan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.