PORTAL DCA TERENGGANU

Berita

Pemergian En.Ab.Ghafar Bin Abdullah

Posted by ATCL811 on February 13, 2011 at 8:00 PM

         13 Febuari 2011 - Hari ini digemparkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang bekas ATC Kuala Terengganu(Pesara) iaitu En Ab. Ghafar Bin Abdullah yang lebih dikenali sebagai

' Pok Pa ' dikalangan rakan-rakan.

Beliau telah menghembuskan nafasnya yang  terakhir pada jam 6.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan akibat komplikasi jantung.

Arwah Pok Pa telah mula berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia semenjak tahun 1974, dan telah bersara pada tahun 2007. Perkhidmatan terakhirnya adalah sebagai Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 di DCA Kuala Terengganu. Sepanjang perkhidmatan, beliau turut dianugerahkan " Anugerah Khidmat Cemerlang " pada tahun 2006.

Pemergian beliau turut sama dirasai oleh bekas rakan-rakan sekerja dan kenalan-kenalan rapat. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah... Alfatihah...


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply ikan linang
9:45 PM on February 18, 2011 
salam takziah dari warga kompleks kawalan trafik udara kuala terengganu